Skip to content

Seksyen 32

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 33 of 105

Seksyen 32

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis, melantik orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Wilayah-Wilayah

Persekutuan.

(2)

Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, mana-mana orang yang, sebaik sahaja sebelum permulaan kuat kuasa itu, merupakan

Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dilantik di bawah

Enakmen hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah memegang jawatan sebagai yang demikian.

Kuasa Mufti