Skip to content

Seksyen 96

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 98 of 105

Seksyen 96

(1)

Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa yang hendaklah dikenali sebagai Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran

Agama, yang hendaklah terdiri daripada—

(a)

seorang Pengerusi; dan

(b)

tidak kurang daripada tiga orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.

(2)

Setiausaha Majlis hendaklah menjadi setiausaha kepada jawatankuasa itu dan hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan jawatankuasa itu.

(3)

Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud mengajar mengenai apa-apa aspek agama Islam dan untuk menarik balik tauliah sedemikian.

(4)

Majlis, dengan kelulusan Menteri, boleh membuat kaedah-kaedah yang mengadakan peruntukan bagi—

(a)

tatacara, kehendak dan perkara lain berhubungan dengan pemberian tauliah di bawah seksyen ini, termasuk fi yang boleh dikenakan;

(b)

tatacara jawatankuasa itu;

(c)

elaun yang patut dibayar kepada anggota jawatankuasa.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

Sekolah Agama