Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 · Updated to 21 Jun 2022 · Bahagian VIII · Pungutan Khairat
84. Pungutan Khairat
Feedback & supportMajlis boleh memungut, atau memberikan surat kebenaran dengan terma-terma yang difikirkan patut kepada mana-mana orang atau kumpulan orang, membenarkan orang atau kumpulan orang itu untuk memungut wang atau sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan menggalakkan agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut Hukum Syarak.
Maka hendaklah disifatkan sebagai satu terma tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan lain hendaklah—
mengeluarkan berkenaan dengan tiap-tiap jumlah wang yang dipungut sedemikian suatu resit mengikut nombor siri dalam borang yang ditetapkan;
menyimpan akaun yang benar dan lengkap bagi semua jumlah wang yang dipungut sedemikian dan tentang pelupusannya dengan semua baucar yang sepatutnya;
mengemukakan apabila dituntut keratan resit dan semua akaun dan baucar itu bagi pemeriksaan dan pengauditan oleh Majlis;
menggunakan dan melupuskan semua jumlah wang yang dipungut mengikut terma surat kebenaran itu atau, jika tiada kaedah pelupusannya yang dibenarkan dengan
Pentadbiran Undang-Undang Islam 55
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
nyatanya, membayar dan mengakaunkan bagi yang demikian itu kepada Baitulmal.
Wang yang dipungut menurut seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud yang dinyatakan oleh Majlis, dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian, hendaklah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebutkan terdahulu itu kecuali dengan kuasa nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen (1).
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.