Skip to content

Seksyen 85

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 87 of 105

Seksyen 85

(1)

Kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi kemasukan sah seseorang itu ke dalam agama Islam:

(a)

orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara semunasabahnya jelas;

(b)

pada masa mengucap dua kalimah itu, orang itu mestilah sedar bahawa ia bermakna “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi

Muhammad S.A.W ialah Pesuruh Allah”; dan

(c)

pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

(2)

Seseorang yang tidak upaya bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (1)(a), mengucapkan dua kalimah

Syahadah dengan cara isyarat yang menunjukkan makna yang dinyatakan dalam perenggan (b) subseksyen itu.