Skip to content

Seksyen 60

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 62 of 105

Seksyen 60

(1)

Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Baitulmal adalah dengan ini ditubuhkan. Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut

Hukum Syarak atau di bawah peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Kumpulan Wang.

(2)

Semua wang dan harta dalam Kumpulan Wang hendaklah terletak hak pada Majlis yang hendaklah mentadbirkan semua wang dan harta itu mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah

Akta ini:

Dengan syarat bahawa mana-mana pelaburan aset dan kumpulan-kumpulan wang yang terletak hak pada Majlis boleh dijual, dihasilkan atau dilupuskan, dan hasil daripadanya boleh dilaburkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa bagi pelaburan wang amanah.

(3)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Majlis, dengan kelulusan

Yang di-Pertuan Agong, boleh membuat kaedah-kaedah bagi pemungutan, pentadbiran dan pembahagian semua harta

Kumpulan Wang.

Pentadbiran Undang-Undang Islam 45

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)