Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 · Updated to 21 Jun 2022 · Bahagian IV · Mahkamah Syariah
40. Penubuhan Mahkamah Syariah
Feedback & support(1)
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah
Rendah Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di tempat yang difikirkannya patut.
(2)
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi
Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.
(3)
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan
Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.