Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

46K. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan pelupusan

(1)

Jika Mahkamah mendapati bahawa pemegangan syer yang ditetapkan itu tidak lagi sesuai dengan hasrat pembuat amanah,

Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa, atas permohonan mana-mana orang berkepentingan, untuk memerintahkan atau membenarkan suatu penjualan atau pelupusan lain apa-apa syer yang ditetapkan, dan suatu penjualan atau pelupusan lain yang diperintahkan atau dibenarkan sedemikian tidak menghendaki apa-apa persetujuan yang disebut dalam subseksyen 46I(3).

(2)

Dalam membuat sesuatu perintah atau memberikan kuasa, di bawah subseksyen (1), Mahkamah boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat, sekiranya ada, berhubung dengan penjualan atau pelupusan lain itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

Report