Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011
46L. Benefisiari yang tidak berhak
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun apa-apa rukun ekuiti atau amalan Mahkamah yang berlawanan, tetapi tertakluk kepada subseksyen (2), tiada benefisiari yang hanya mempunyai kepentingan dalam apa-apa syer yang ditetapkan mahupun semua benefisiari yang bersesama adalah orang yang mempunyai kepentingan dalam apa-apa syer yang ditetapkan, adalah berhak, walaupun wujud dan ditentukan dan berkeupayaan penuh, untuk memanggil atau mengarahkan sesuatu pindah milik syer itu atau menamatkan atau mengubah suai amanah
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
yang berhubungan dengan syer itu, jika dan setakat yang hak itu, tanpa menyalahi mana-mana kaedah mengenai tempoh selama-lamanya atau kejauhan, dikecualikan oleh surat cara amanah.
Tiada apa-apa pengecualian hak sedemikian boleh dikuatkuasakan, atau terus berkuat kuasa, selepas habis tempoh dua puluh tahun dari kewujudan amanah itu.
Jika seseorang yang menerima syer yang ditetapkan, atau kepentingan dalam syer yang ditetapkan itu, ialah seorang yang, menurut kuasa pengecualian hak sedemikian, tidak mempunyai hak untuk menerima syer atau kepentingan itu pada masa ini, dia hendaklah, tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), memegang syer atau kepentingan itu atas amanah bagi memindahkan syer atau kepentingan itu kepada pemegang amanah, dan Mahkamah boleh memerintahkannya berbuat demikian atas permohonan oleh pemegang amanah atau mana-mana orang yang dinyatakan dalam subseksyen 46J(3).
Dalam masa apa-apa pengecualian hak sedemikian, seksyen 47 tidak terpakai bagi amanah itu.
Kehilangan kelayakan pemegang amanah sebagai pengarah
Bahagian V