Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
153. Senarai benda yang disita
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda disita di bawah Bab ini, pegawai yang menyita hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan suatu senarai benda yang disita dan mengenai tempat di mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu masing-masing dijumpai dan menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekerjanya, di premis itu.
Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai yang menyita hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.