Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
140. Kuasa untuk masuk dan memeriksa tanah
Feedback & supportBilamana pemegang lesen mendapati bahawa adalah perlu bagi pemegang lesen itu untuk menjalankan kuasa yang diberikan kepada pemegang lesen itu oleh Akta ini berkenaan dengan mana-mana tanah selain tanah Kerajaan bagi maksud membina suatu sistem bekalan air atau suatu sistem pembetungan atau sebahagian daripada sistem itu, pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen itu boleh, selepas memberikan notis tidak kurang daripada dua puluh empat jam kepada penghuni bagi tanah itu, jika ada, masuk ke atas tanah itu, meninjau dan mengambil ukuran dan melakukan apa-apa tindakan lain yang perlu untuk memastikan kesesuaian tanah itu, setakat yang peninjauan, pengambilan ukuran dan pelakuan tindakan itu boleh dibuat tanpa menyebabkan kerosakan atau gangguan.
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai memberi kuasa mana-mana orang untuk memotong atau memugar apa-apa tumbuh-tumbuhan atau pagar atau apa-apa binaan lain atau untuk memasuki mana-mana bangunan atau mana-mana kurungan yang tercantum pada mana-mana bangunan.
Dalam hal tanah rizab, notis di bawah subseksyen (1) boleh diberikan kepada orang yang bertanggungjawab ke atas tanah rizab atau, dalam ketiadaan mana-mana orang sedemikian, kepada Pentadbir
Tanah.
Undang-Undang Malaysia 110