Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

142. Rayuan terhadap perintah Pentadbir Tanah

Feedback & support
(1)

Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perintah

Pentadbir Tanah di bawah subseksyen 141(9) boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas perintah itu merayu terhadap perintah itu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang kemudiannya boleh mengesahkan, mengetepikan atau mengubah perintah itu atas apa-apa terma, syarat dan ketetapan yang difikirkannya patut.

(2)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti membuat perintah di bawah subseksyen (1), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau sebahagian daripada mana-Undang-Undang Malaysia 112

mana tanah yang termasuk dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen 141(2) mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960

[Akta 486].

(3)

Pemegang lesen itu hendaklah membayar pampasan bagi apa-apa pengambilan tanah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (2).

(4)

Keputusan Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

(5)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkara tanah, Pendaftar—

(a)

apabila dikemukakan kepadanya notis yang dikeluarkan oleh pemegang lesen di bawah subseksyen 141(2) berserta dengan pernyataan oleh Pentadbir Tanah bahawa tiada bantahan telah dimasukkan oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 141(4); atau

(b)

apabila dikemukakan kepadanya perintah asal yang dibuat di bawah subseksyen 141(9) dan apabila didepositkan dengannya suatu salinan yang diperakui benar perintah asal itu, hendaklah menyebabkan supaya suatu catatan mengenai kewujudan hak-hak di bawah notis atau perintah sedemikian dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang terjejas oleh notis atau perintah itu.

Report

Bab 4

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules