Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
159. Kos bagi memegang kelengkapan, dsb., yang disita
Feedback & supportJika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, benda atau perkara yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan Kerajaan atau Suruhanjaya sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar oleh orang itu kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.