Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

154. Pelepasan benda yang disita

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, boleh pada bila-bila masa selepas itu melepaskan benda itu kepada orang yang diputuskan olehnya sebagai berhak secara sah kepada benda itu jika dia berpuas hati bahawa benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan dalam hal ini pegawai yang membuat penyitaan itu atau Kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau

Industri Perkhidmatan Air 119

Suruhanjaya tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan benda itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan mana-mana benda di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis

Negara dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.

Report

Bab 4

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules