Seksyen 143
Memasang paip, dsb., atas tanah Kerajaan
of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan kepada apa-apa syarat yang disifatkan patut oleh Pihak Berkuasa Negeri, seseorang yang memegang suatu lesen individu boleh memasang, meletakkan atau membawa di atas, di bawah atau melalui tanah
Kerajaan, setakat yang dibenarkan oleh lesen individunya, apa-apa paip, saluran, pembuluh atau struktur yang serupa, pembetung, lurang, kebuk, lekapan atau apa-apa kelengkapan lain yang membentuk sebahagian daripada suatu sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam sebagaimana yang perlu atau patut bagi maksud sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam itu.
Industri Perkhidmatan Air 113