Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian V · Perlindungan Pengguna, Penyelesaian Pertikaian dan Siasatan
69. Forum Air
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah menamakan suatu badan yang dikenali sebagai “Forum Air” bagi maksud Akta ini dengan memberitahu badan itu secara bertulis, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
keanggotaan badan itu terbuka kepada semua orang;
badan itu berupaya untuk melaksanakan sebagaimana yang dikehendaki di bawah peruntukan Akta ini yang berkaitan;
dan
badan itu mempunyai perlembagaan bertulis.
Badan itu hendaklah bersetuju secara bertulis untuk menjadi
Forum Air sebelum penamaan itu boleh didaftarkan.
Suruhanjaya boleh memutuskan bahawa suatu badan yang sedia ada yang telah dinamakan sebagai Forum Air sebelum itu tidak lagi menjadi badan yang sesuai bagi maksud Akta ini, jika
Suruhanjaya berpuas hati bahawa badan itu tidak lagi memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
Penamaan atau penarikan balik penamaan di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran atau tarikh terkemudian yang dinyatakan.