Skip to content

Seksyen 82

Perlindungan daripada tindakan sivil

of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

ActIn forceProvision 82 of 194
Seksyen 82

Tiada prosiding sivil boleh diambil terhadap seseorang berkenaan dengan apa-apa jua jenis kehilangan, kerosakan atau kecederaan yang dialami oleh seseorang yang lain disebabkan oleh mana-mana perbuatan yang berikut yang dilakukan dengan suci hati:

(a)

pembuatan sesuatu permintaan untuk mengadakan suatu siasatan di bawah seksyen 77; atau

(b)

pembuatan sesuatu pernyataan kepada, atau pemberian sesuatu dokumen atau maklumat kepada, Suruhanjaya berhubung dengan suatu siasatan di bawah Bab ini.