Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian V · Perlindungan Pengguna, Penyelesaian Pertikaian dan Siasatan
75. Pendaftaran keputusan
Feedback & support(1)
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua keputusan jawatankuasa di bawah Bab ini mengikut seksyen 176.
(2)
Daftar itu hendaklah mengandungi—
(a)
nama pihak-pihak kepada pertikaian itu;
(b)
suatu perihalan am mengenai perkara yang berhubungan dengan keputusan itu dan keputusan itu; dan
(c)
tarikh keputusan itu, kecuali alasan bagi keputusan itu.