Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian V · Perlindungan Pengguna, Penyelesaian Pertikaian dan Siasatan
80. Siasatan tertutup dan bahan rahsia
Feedback & supportWalau apa pun subseksyen 78(3), sesuatu siasatan atau sebahagian daripada sesuatu siasatan boleh dijalankan secara tertutup jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
dokumen atau maklumat yang mungkin diberikan, atau sesuatu perkara yang mungkin timbul semasa siasatan awam itu atau suatu bahagian daripada siasatan itu adalah bersifat rahsia;
atau
siasatan atau sebahagian daripada siasatan mengenai sesuatu perkara atau sebahagian daripada sesuatu perkara itu tidak akan mendatangkan faedah kepada pentadbiran yang wajar
Akta ini jika siasatan atau sebahagian daripada siasatan itu dibuka kepada orang awam.
Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya semua keterangan, dokumen atau bahan lain yang bersifat rahsia yang dikemukakan pada siasatan awam itu tidak disiarkan atau dizahirkan oleh mana-mana orang atau bahawa penyiaran atau penzahiran keterangan, dokumen atau bahan sedemikian oleh mana-mana orang hendaklah dihadkan.
Jika sesuatu siasatan atau sebahagian daripada siasatan berlangsung secara tertutup, Suruhanjaya hendaklah memberikan arahan tentang orang yang boleh hadir pada siasatan atau sebahagian daripada siasatan itu.