Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian V · Perlindungan Pengguna, Penyelesaian Pertikaian dan Siasatan
79. Penyiaran notis siasatan
Feedback & supportJika Suruhanjaya diarahkan oleh Menteri untuk mengadakan suatu siasatan di bawah subseksyen 77(1) atau memutuskan untuk mengadakan suatu siasatan di bawah subseksyen 77(2), Suruhanjaya hendaklah menyiarkan, mengikut apa-apa cara yang disifatkannya sesuai, suatu notis mengenai perkara-perkara yang berikut:
hakikat bahawa ia akan mengadakan siasatan itu;
tempoh siasatan itu akan diadakan;
sifat perkara yang berkaitan dengan siasatan itu;
tempoh, sekurang-kurangnya empat puluh lima hari, yang dalamnya, dan bentuk yang dengannya, orang awam dijemput untuk membuat penghujahan kepada Suruhanjaya mengenai perkara itu;
perkara-perkara yang diinginkan oleh Suruhanjaya supaya diliputi oleh penghujahan itu; dan
alamat atau alamat-alamat tempat penghujahan itu boleh dihantar.
Suruhanjaya tidak dikehendaki menyiarkan suatu notis mengenai semua perkara yang disebut dalam subseksyen (1) pada masa yang sama atau mengikut cara yang sama.
Suruhanjaya hendaklah menimbangkan apa-apa penghujahan yang diterima dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Penghujahan yang dibuat oleh orang awam hendaklah dalam bentuk dan jenis yang dinyatakan dalam notis itu.
Industri Perkhidmatan Air 71