Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian V · Perlindungan Pengguna, Penyelesaian Pertikaian dan Siasatan
70. Fungsi Forum Air
Feedback & supportForum Air hendaklah mempunyai semua fungsi yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini dan, tanpa menjejaskan keluasan peruntukan sebelum ini, Forum Air hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk memberikan maklum balas dan membuat syor kepada
Suruhanjaya mengenai apa-apa perkara yang berkenaan dengan kepentingan pengguna perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;
untuk mewakili kepentingan pengguna perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;
Industri Perkhidmatan Air 67
untuk memajukan kepentingan pengguna berhubung dengan tarif dan standard perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;
untuk mengenal pasti dan mengkaji semula perkara-perkara yang menyentuh kepentingan pengguna dan memastikan bahawa syarikat-syarikat perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan menyedari, dan responsif terhadap, kebimbangan mengenai perkhidmatan mereka;
untuk membuat publisiti tentang kewujudan, fungsi dan kerja Forum Air dalam melindungi kepentingan pengguna;
untuk menjalankan apa-apa fungsi yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira dengan sewajarnya syor Forum Air dalam penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Penyelesaian pertikaian