Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 · Updated to 1 Apr 2019 · Bahagian XIV · Kesalahan dan Penalti
75. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan pernyataan yang palsu atau mengelirukan
Feedback & supportMana-mana orang yang membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan semasa mempromosikan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.