Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 · Updated to 1 Apr 2019 · Bahagian XIV · Kesalahan dan Penalti
78. Penalti kerana pelanggaran syarat
Feedback & supportMana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan atas kelulusan bagi penubuhannya atau pendaftarannya atau mana-mana syarat yang dikenakan dalam pembaharuan pendaftarannya, melakukan suatu
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 83
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.