Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 · Updated to 1 Apr 2019 · Bahagian XIV · Kesalahan dan Penalti
77. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah
Feedback & supportSesuatu institusi pendidikan tinggi swasta yang mengendalikan apa-apa kursus pengajian atau program latihan yang baginya sijil, diploma atau ijazah dianugerahkan secara yang berlawanan dengan peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.