Skip to content

Seksyen 87

Memulakan dan menjalankan pendakwaan

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 93 of 105
Seksyen 87
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Ketua Pendaftar, Timbalan

Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor, hendaklah diberi kuasa untuk hadir di dalam mahkamah—

(a)

bagi menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(b)

bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang yang lain di bawah Akta ini.

(2)

Dalam hal Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan

Pendaftar atau Penolong Pendaftar, pemberikuasaan itu adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pendaftar.

(3)

Pendakwaan berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan atau dijalankan tanpa kebenaran bertulis

Pendakwa Raya.