Seksyen 76
Penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta, dsb., dilarang melainkan jika mengikut Akta
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
Tiada seorang pun boleh—
(a)
menubuhkan, mendirikan, menganjurkan atau menjalankan apa-apa aktiviti bagi maksud menubuhkan, mendirikan atau menganjurkan atau ke arah penubuhan, pendirian, atau penganjuran sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta;
(b)
mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan apa-apa kelas bagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi di sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta;
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(c)
menubuhkan, mendirikan, menganjurkan, mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta dengan menggunakan perkataan
“Universiti”, “Kolej Universiti” atau “kampus cawangan”;
(d)
mengeluarkan sijil, diploma atau ijazah kepada seseorang tanpa orang itu menamatkan dengan jayanya kursus pengajiannya; atau
(e)
menjalankan apa-apa aktiviti lain berkaitan dengan pendidikan tinggi, kecuali dengan mengikut peruntukan Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.