Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2019Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Kesalahan dan Penalti

86. Kuasa untuk mengkompaun

Feedback & support
(1)

Ketua Pendaftar boleh, dengan kebenaran bertulis Pendakwa

Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh institusi pendidikan tinggi swasta atau seseorang di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun.

(2)

Tawaran bertulis hendaklah dibuat kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua

Pendaftar apa-apa jumlah wang yang dinyatakan, yang tidak melebihi lima puluh peratus denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(3)

Tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun—

(a)

tiada prosiding selanjutnya boleh diambil dan tiada pendakwaan boleh dimulakan terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun telah dibuat; dan

(b)

apa-apa barang, buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilepaskan tertakluk kepada syarat yang boleh dikenakan selaras dengan syarat kompaun.

(5)

Apa-apa wang yang diterima oleh Ketua Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(6)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran kompaun tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pendaftar, maka pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

Report

Bahagian XV

Peraturan –Peraturan

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Peruntukan Kecualian dan Peralihan