Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 · Updated to 1 Apr 2019 · Bahagian XIV · Kesalahan dan Penalti
79. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta
Feedback & supportMana-mana—
pemohon yang, semasa membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan bagi penubuhan suatu institusi pendidikan tinggi swasta;
institusi pendidikan tinggi swasta yang, semasa membuat apa-apa permohonan, ; atau
orang yang, semasa membuat apa-apa permohonan, di bawah Akta ini, membuat pernyataan yang diketahuinya adalah palsu atau yang dia atau ia percaya adalah tidak benar, atau sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.