Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

95. Perlindungan bagi Pihak Berkuasa Negeri dan pegawai daripada tanggungan sendiri

(1)

Tiada sesuatu perkara atau hal yang dilakukan dan tiada sesuatu kontrak yang dibuat oleh sesuatu Pihak Berkuasa Negeri dan tiada sesuatu perkara atau hal yang dilakukan oleh seseorang pegawai yang ditugaskan untuk mentadbirkan Akta ini atau oleh sesiapa jua orang lain yang bertindak di bawah arahan sesuatu Pihak Berkuasa Negeri boleh menjadikan mereka sendiri atau mana-mana daripada mereka sendiri tertakluk kepada apa-apa jua tindakan, tanggungan, tuntutan atau permintaan jika perkara atau hal itu telah dilakukan atau kontrak itu telah dibuat bona fide bagi maksud menjalankan Akta ini.

(2)

Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan dan seseorang pegawai awam atau seseorang pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan tidak boleh menjadi tertakluk kepada apa-apa jua tindakan, tuntutan, tanggungan atau permintaan berbangkit daripada apa-apa kerja bangunan atau kerja lain yang dijalankan mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya atau oleh sebab fakta bahawa kerja bangunan itu atau pelannya adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan kelulusan Pihak

Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau seseorang pegawai awam atau seseorang pegawai atau pekerja Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa tempatan itu dan tiada apa-apa jua dalam Akta ini atau dalam mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh menjadikan wajib bagi Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa tempatan itu memeriksa mana-mana bangunan, kerja bangunan atau bahan-bahan bangunan atau tapak mana-mana bangunan yang dicadangkan untuk menentukan bahawa peruntukan

Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dipatuhi atau bahawa pelan perakuan dan notis yang dikemukakan kepadanya itu adalah tepat.

Report

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules