Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Hasil jualan di bawah subseksyen 106(1) hendaklah digunakan pertamanya untuk menjelaskan tunggakan serta bunganya atas kadar enam peratus setahun dan juga kos.
158 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Jika sekiranya apa-apa lebihan didapati masih ada, pihak berkuasa tempatan hendaklah, jika berpuas hati tentang hak seseorang yang menuntut lebihan itu, membayar amaunnya kepada orang itu atau, jika tidak berpuas hati, pihak berkuasa tempatan hendaklah memegang amaun itu sebagai amanah bagi orang yang mungkin berjaya pada akhirnya di sisi undang-undang membuktikan hakmiliknya terhadap lebihan itu.
Jika tiada apa-apa hakmilik dibuktikan terhadap lebihan itu dalam masa dua tahun dari tarikh jualan itu, lebihan itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan pihak berkuasa tempatan itu.
Bahagian VII
Bahagian VIII