Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
98. Section 98
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, melalui pegawai, pekerja, ejen atau kontraktornya, memasuki mana-mana tanah yang bersampingan dengan apa-apa kerja yang dibenar dibuat oleh Akta ini
150 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
atau yang terletak dalam jarak seratus ela dari kerja itu bagi maksud meletakkan di atas tanah itu apa-apa tanah-tanih, batu kelikir, pasir, kapur, bata, batu atau bahan-bahan lain atau bagi apa-apa maksud lain berhubungan dengan pembentukan kerja tersebut tanpa membuat apa-apa pembayaran, tender atau deposit terlebih dahulu, dengan melakukan, seberapa sedikit kerosakan yang boleh pada menjalankan beberapa kuasa yang dengan ini diberi itu dan dengan membayar pampasan bagi apa-apa pendudukan sementara atau kerosakan sementara akan tanah tersebut kepada pemunya atau penduduknya dari semasa ke semasa dan dengan mengikut beberapa kali pendudukan sementara atau apa-apa kerosakan sementara itu dilakukan dan dengan membayar pampasan kepada pemunya itu juga bagi apa-apa bencana kekal, jika ada, kepada tanah itu.
Jika timbul sesuatu pertikaian berkenaan dengan amaun atau pembahagian pampasan itu, maka pertikaian itu hendaklah diselesaikan mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Sebelum sesuatu pihak berkuasa tempatan melakukan apa-apa penggunaan sementara yang tersebut akan tanah yang bersampingan dengan kerja itu atau yang terletak dekat dengan kerja yang tersebut di atas, pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi notis tujuh hari akan tujuannya kepada pemunya atau penduduk tanah itu dan hendaklah mengasingkan sekian banyak daripada tanah yang dikehendaki digunakan itu dari tanah lain yang bersambungan dengan kerja itu dengan mendirikan pagar yang cukup.
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII