Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
115. Section 115
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika penduduk sesuatu premis menghalang pemunya premis itu dari melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini mengenai premis itu selepas notis mengenai tujuannya hendak berbuat demikian itu diberi oleh pemunya kepada penduduk itu, bolehlah sesuatu
Mahkamah Majistret, apabila hal itu dibuktikan dan atas permohonan pemunya itu, membuat suatu perintah secara bertulis, menghendaki penduduk itu membenarkan pemunya itu menjalankan semua kerja berhubungan dengan premis itu sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dan boleh juga jika difikirkannya patut, memerintahkan penduduk itu membayar kepada pemunya itu kos berhubungan dengan permohonan atau perintah itu.
Jika selepas tamat lapan hari dari tarikh perintah itu penduduk itu masih enggan membenarkan pemunya itu menjalankan kerja itu penduduk itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari keengganan itu diteruskan, dan tiap-tiap pemunya itu, dalam masa penduduk itu masih enggan membenarkannya menjalankan kerja itu, hendaklah dilepaskan daripada apa-apa penalti yang jika tidak kerana itu boleh dikenakan ke atasnya oleh sebab dia tidak menjalankan kerja itu.
Jalan, Parit dan Bangunan 161
Melupuskan benda dan barang-barang yang dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII