Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiap-tiap orang yang menjual atau memindah hakmilik apa-apa harta yang mengenainya kos dan belanja telah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan pada atau mengenai menjalankan apa-apa kerja dan kos dan belanja itu boleh dituntut di bawah Akta ini daripada pemunya harta itu, orang itu masih lagi bertanggungan membayar semua kos dan belanja yang kena dibayar berkenaan dengan harta itu dan menyempurnakan semua tanggungan lain yang dikenakan oleh
160 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Akta ini ke atas pemunya harta itu, iaitu kos dan belanja yang kena dibayar atau tanggungan yang kena disempurnakan pada bila-bila masa sebelum notis pindah hakmilik itu diberi.
Tiada apa-apa jua di dalam seksyen ini boleh menyentuh tanggungan pembeli atau penerima pindah hakmilik untuk membayar belanja atau kos berkenaan dengan harta itu atau boleh menyentuh hak pihak berkuasa tempatan untuk menuntut kos dan belanja itu daripada pembeli atau penerima pindah hakmilik itu atau untuk menguatkuasakan apa-apa tanggungan di bawah Akta ini terhadap pembeli atau penerima pindah hakmilik itu.
Prosiding jika seseorang penduduk membantah kerja dijalankan
Bahagian VII
Bahagian VIII