Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

101. Section 101

(1)

Dalam semua hal kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya, apabila pampasan, ganti rugi, bayaran, kos dan belanja diarahkan oleh Akta supaya dibayar oleh pihak berkuasa tempatan kepada seseorang atau oleh seseorang kepada seseorang lain maka amaunnya dan, jika perlu, pembahagian amaun itu dan apa-apa soal tanggungan, jika berlaku pertikaian atau jika pembayaran tidak dibuat, hendaklah ditentukan dan diputuskan secara terus oleh suatu

Mahkamah Majistret.

(2)

Jika amaun pampasan, ganti rugi, bayaran, kos atau belanja tidak dibayar oleh pihak yang bertanggungan membayarnya dalam masa tujuh hari selepas dituntut, kemungkiran itu boleh diadukan kepada suatu Mahkamah Majistret dan amaun itu dituntut dengan cara

152 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

seolah-olah ia adalah denda yang dikenakan oleh suatu Mahkamah

Majistret.

(3)

Sesuatu rayuan terhadap apa-apa keputusan Mahkamah

Majistret di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Mahkamah

Tinggi dan peruntukan Kanun Prosedur Jenayah [Akta 593] hendaklah mutatis mutandis dipakai bagi semua rayuan seperti itu.

Report

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules