Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
105. Section 105
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu pihak berkuasa tempatan telah melakukan belanja atau kos pada atau mengenai menjalankan apa-apa kerja, yang di bawah Akta ini, kena dibayar oleh pemunya atau pemunya-pemunya atau boleh dituntut daripada pemunya atau pemunya-pemunya, pihak berkuasa tempatan boleh sama ada menuntut belanja dan kos itu mengikut cara yang diperuntukkan di atas atau, jika difikirkannya patut, boleh mendapatkan suatu perjanjian daripada pemunya atau pemunya-pemunya itu untuk membayar apa-apa ansuran yang mencukupi bagi menjelaskan semua amaun belanja dan kos itu serta bunganya atas suatu kadar tidak lebih daripada enam peratus setahun, dalam tempoh tidak lebih daripada sepuluh tahun.
Jalan, Parit dan Bangunan 155
Jika sesuatu ansuran atau bunga tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan oleh mana-mana perjanjian itu supaya dibayar maka semua baki amaun yang masih belum dijelaskan pada masa itu bersama dengan bunga yang bertunggakan, hendaklah genap masanya dan kena dibayar dengan segera dan boleh dituntut mengikut cara yang sama seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 104 walaupun apa-apa pertukaran telah berlaku tentang kepunyaan atau pendudukan premis itu semenjak tarikh perjanjian itu.
Prosiding bagi mendapatkan bayaran tunggakan
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII