Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bab · Jagaan Sementara dan Pemeriksaan dan Rawatan Perubatan

19. Section 19

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 20, tiap-tiap kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak oleh Pelindung dalam masa dua puluh empat jam tidak termasuk masa perjalanan yang perlu dari tempat kanak-kanak itu diambil ke dalam jagaan sedemikian ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

(2)

Jika tidak mungkin seseorang kanak-kanak dibawa ke hadapan

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan buat sementara—

(a)

di suatu tempat selamat atau pusat; atau

(b)

dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai, sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan Mahkamah

Bagi Kanak-Kanak.

(3)

Jika seseorang kanak-kanak diletakkan di suatu tempat selamat atau pusat atau dalam pemeliharaan seorang yang layak dan sesuai di bawah subseksyen (2)—

(a)

orang yang menjaga tempat selamat atau pusat itu atau orang yang layak dan sesuai itu hendaklah mempunyai kawalan ke atas, dan bertanggungjawab bagi penyenggaraan,

Kanak-Kanak 45

kanak-kanak itu sama seperti ibu atau bapa kanak-kanak itu; dan

(b)

kanak-kanak itu hendaklah terus berada dalam pemeliharaan orang yang disebut dalam perenggan (a) walaupun kanak-kanak itu dituntut oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau mana-mana orang lain.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1511).

(5)

(Dipotong oleh Akta A1511).

Report

Bab

Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak

Bab

Pemberitahuan Apabila Mengambil Kanak-Kanak ke dalam Pemeliharaan, Jagaan atau Kawalan

Bahagian VI

Kanak-Kanak yang Memerlukan Pelindungan dan Pemulihan

Bahagian VII

Tidak Terkawal

Bahagian VIII

Pemerdagangan dan Pemelarian Kanak-Kanak

Bahagian IX

Institusi

Bab

Sekolah Henry Gurney

Bab 6

Bab 7

Bahagian X

Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules