Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bab · Jagaan Sementara dan Pemeriksaan dan Rawatan Perubatan
28. Kewajipan anggota keluarga
Feedback & support(1)
Jika mana-mana anggota keluarga seseorang kanak-kanak mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi
Kanak-Kanak 51
akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.
(2)
Mana-mana anggota keluarga yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(3)
(Dipotong oleh Akta A1511).
Kewajipan pengasuh kanak-kanak