Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bab · Jagaan Sementara dan Pemeriksaan dan Rawatan Perubatan

20. Kanak-kanak yang memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan

Feedback & support
(1)

Jika seseorang Pelindung yang mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18

berpendapat bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, Pelindung itu boleh, tidak membawa kanak-kanak itu ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau

Majistret, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi sebaliknya mengemukakan kanak-kanak itu ke hadapan seorang pegawai perubatan.

(1a)

Jika Pembantu Pelindung atau pegawai polis yang mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 berpendapat bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, Pembantu Pelindung atau pegawai polis itu boleh, tidak membawa kanak-kanak itu ke hadapan Pelindung di bawah perenggan 18(3)(b), sebaliknya mengemukakan kanak-kanak itu ke hadapan seorang pegawai perubatan.

(2)

Jika pada masa dia diambil ke dalam jagaan seseorang kanak-kanak itu ialah seorang pesakit di suatu hospital, Pelindung,

Pembantu Pelindung atau pegawai polis yang mengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan boleh meninggalkan kanak-kanak itu di hospital itu.

(2a)

Jika kanak-kanak yang dibawa ke dalam jagaan sementara oleh Pembantu Pelindung atau pegawai polis—

(a)

dikemukakan ke hadapan seorang pegawai perubatan di bawah subseksyen (1a); atau

Undang-Undang Malaysia 46

(b)

ialah seorang pesakit di suatu hospital dan ditinggalkan di hospital itu di bawah subseksyen (2), untuk menjalani pemeriksaan atau rawatan perubatan, Pembantu

Pelindung atau pegawai polis itu hendaklah memberitahu Pelindung mengenai tindakannya itu.

(3)

Jika seseorang Pelindung atau pegawai polis tidak mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 tetapi dia berpuas hati atas alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, dia boleh mengarahkan secara bertulis orang yang pada hematnya sedang memelihara kanak-kanak itu supaya membawa kanak-kanak itu kepada seorang pegawai perubatan dengan serta-merta.

(3a)

Jika Pembantu Pelindung tidak mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 tetapi dia berpuas hati atas alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, dia boleh, dengan kelulusan Pelindung, mengarahkan secara bertulis orang yang pada hematnya sedang memelihara kanak-kanak itu supaya membawa kanak-kanak itu kepada seorang pegawai perubatan dengan serta-merta.

(4)

Jika orang yang disebut dalam subseksyen (3) dan (3a)

tidak mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen itu dalam masa empat puluh lapan jam, seseorang Pelindung,

Pembantu Pelindung atau pegawai polis boleh mengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementara bagi maksud mengemukakan kanak-kanak itu ke hadapan seorang pegawai perubatan.

Report

Bab

Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak

Bab

Pemberitahuan Apabila Mengambil Kanak-Kanak ke dalam Pemeliharaan, Jagaan atau Kawalan

Bahagian VI

Kanak-Kanak yang Memerlukan Pelindungan dan Pemulihan

Bahagian VII

Tidak Terkawal

Bahagian VIII

Pemerdagangan dan Pemelarian Kanak-Kanak

Bahagian IX

Institusi

Bab

Sekolah Henry Gurney

Bab 6

Bab 7

Bahagian X

Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules