Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bab · Jagaan Sementara dan Pemeriksaan dan Rawatan Perubatan

24. Kebenaran bagi rawatan perubatan

Feedback & support
(1)

Jika, pada pendapat seseorang pegawai perubatan, kanak-kanak yang disebut dalam seksyen 21 memerlukan rawatan bagi penyakit, kecederaan atau keadaan yang ringan, seseorang

Pelindung atau pegawai polis boleh membenarkan rawatan sedemikian.

(2)

Jika, pada pendapat seseorang pegawai perubatan, kanak-kanak yang disebut dalam seksyen 21 mengalami penyakit, kecederaan atau keadaan yang serius atau memerlukan pembedahan atau rawatan psikiatri, seorang Pelindung atau pegawai polis—

(a)

hendaklah dengan serta-merta memberitahu atau mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memberitahu

Undang-Undang Malaysia 48

dan berunding dengan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengizinkan rawatan sedemikian; dan

(b)

boleh, dengan keizinan bertulis ibu atau bapa atau penjaga atau orang itu, membenarkan apa-apa rawatan perubatan atau pembedahan atau psikiatri yang difikirkan perlu oleh seorang pegawai perubatan.

(3)

Jika seseorang pegawai perubatan memperakui secara bertulis bahawa terdapat risiko hampir kepada kesihatan seseorang kanak-kanak, seseorang Pelindung boleh membenarkan, tanpa memperoleh keizinan yang disebut dalam subseksyen (2), apa-apa rawatan perubatan atau pembedahan atau psikiatri yang difikirkan perlu oleh pegawai perubatan itu tetapi hanya di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:

(a)

bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengizinkan rawatan sedemikian telah dengan tidak munasabah enggan memberikan, atau tidak memberikan, keizinan bagi rawatan sedemikian;

(b)

bahawa ibu atau bapa atau penjaga atau orang yang disebut dalam perenggan (a) tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah; atau

(c)

Pelindung itu mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa ibu atau bapa atau penjaga atau orang yang disebut dalam perenggan (a) telah menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan, atau menganiayai dari segi seks, kanak-kanak itu.

Report

Bab

Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak

Bab

Pemberitahuan Apabila Mengambil Kanak-Kanak ke dalam Pemeliharaan, Jagaan atau Kawalan

Bahagian VI

Kanak-Kanak yang Memerlukan Pelindungan dan Pemulihan

Bahagian VII

Tidak Terkawal

Bahagian VIII

Pemerdagangan dan Pemelarian Kanak-Kanak

Bahagian IX

Institusi

Bab

Sekolah Henry Gurney

Bab 6

Bab 7

Bahagian X

Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules