Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bab · Jagaan Sementara dan Pemeriksaan dan Rawatan Perubatan
25. Langkah-langkah yang hendaklah diambil selepas pemeriksaan atau rawatan perubatan
Feedback & supportSeseorang kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan di bawah seksyen 18 dan yang diperiksa atau dirawat dari segi perubatan di bawah seksyen 21 hendaklah dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa dua puluh empat jam—
apabila selesai pemeriksaan atau rawatan sedemikian; atau
Kanak-Kanak 49
jika kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital, apabila dia dibenarkan keluar dari hospital.
Jika tidak mungkin kanak-kanak itu dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan buat sementara—
di suatu tempat selamat atau pusat; atau
dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai, sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak.
Seseorang kanak-kanak yang—
diambil ke dalam jagaan di bawah subseksyen 20(4); dan
kemudiannya menjalani pemeriksaan atau rawatan perubatan, hendaklah dikembalikan kepada orang yang daripada pemeliharaannya kanak-kanak itu diambil—
apabila selesai pemeriksaan atau rawatan sedemikian; atau
jika kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital, apabila dia dibenarkan keluar dari hospital.