Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

52. Maklumat adalah istimewa dan sulit

Feedback & support
(1)

Apa-apa maklumat dan dokumen yang diperoleh menurut

Akta ini atau Konvensyen adalah istimewa dan sulit.

(2)

Maklumat dan dokumen dalam subseksyen (1) tidak istimewa atau sulit jika ia dikehendaki supaya didedahkan atau disampaikan bagi tujuan kepentingan negara, keselamatan negara atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(3)

Tiada seorang pun yang memiliki maklumat atau dokumen istimewa atau sulit boleh secara sedar, tanpa keizinan bertulis orang yang daripadanya ia diperoleh, menyampaikan maklumat atau dokumen itu atau membenarkan maklumat atau dokumen itu disampaikan kepada mana-mana orang, atau membenarkan mana-mana orang mendapat akses kepada maklumat atau dokumen itu, kecuali—

(a)

bagi tujuan penguatkuasaan Akta ini atau memberikan kesan kepada Konvensyen; atau

(b)

menurut obligasi Kerajaan Malaysia di bawah Konvensyen.

(4)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun boleh dikehendaki, berkaitan dengan apa-apa prosiding undang-undang, mengemukakan apa-apa pernyataan atau rekod lain yang mengandungi maklumat atau dokumen istimewa atau sulit, atau memberikan keterangan yang berhubungan dengannya, melainkan jika prosiding itu berhubung dengan penguatkuasaan Akta ini.

Konvensyen Senjata Kimia 45

Report