Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

61. Kesalahan di luar Malaysia

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang melakukan atau meninggalkan daripada melakukan, di luar Malaysia, sesuatu perbuatan dan pelakuan perbuatan itu atau peninggalan perbuatan itu, jika dilakukan atau ditinggalkan di dalam Malaysia, menjadi kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah, jika orang itu ialah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap, disifatkan telah melakukan perbuatan itu atau meninggalkan perbuatan itu di dalam Malaysia.

48 Undang-undang Malaysia AKTA 641

(2)

Apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang di bawah seksyen ini yang boleh menghalang prosiding yang berikut terhadap orang itu bagi kesalahan yang sama jika kesalahan itu dilakukan di dalam Malaysia, hendaklah menjadi penghalang kepada prosiding lanjut terhadapnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan ekstradisi orang berkenaan dengan kesalahan yang sama di luar Malaysia.

Report