Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VII · Pelbagai
53. Perlindungan pegawai
Feedback & supportTiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Pihak
Berkuasa Kebangsaan, seseorang Inspektor Kebangsaan, mana-mana pegawai yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini, seseorang pegawai polis atau seseorang
Pegawai Kanan Kastam bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi tujuan melaksanakan Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan bahawa ia perlu bagi tujuan yang dimaksudkan untuk dicapai dengannya.