Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VII · Pelbagai
56. Kesalahan berkenaan dengan maklumat
Feedback & supportMana-mana orang yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain bagi apa-apa tujuan di bawah
Akta ini melakukan suatu kesalahan.
46 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Mana-mana orang yang—
memberikan atau menyebabkan supaya diberikan apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkara kepada mana-mana Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai
Kanan Kastam yang dikehendaki oleh pegawai itu supaya diberikan di bawah Akta ini;
enggan menjawab atau memberikan jawapan palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai
Kanan Kastam bagi tujuan mendapatkan apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki supaya diberikan di bawah Akta ini; atau
gagal atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana Inspektor
Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam, melakukan suatu kesalahan.