Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

59. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Feedback & support

Jika apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab atas pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian, juga melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dilakukannya untuk mencegah pelakuan kesalahan itu, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.

Report