Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VII · Pelbagai
60. Kesalahan oleh pekerja atau ejen
Feedback & supportJika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini dikenakan hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, maka orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran sedemikian oleh mana-mana pekerja atau ejennya, atau ejen pekerja itu, jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu atau oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.