Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Setelah seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan terhadap
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, mahkamah, sebagai tambahan kepada mengenakan penalti bagi kesalahan itu, boleh, jika mahkamah mendapati bahawa mana-mana orang lain telah, dengan sebab perlakuan, atau peninggalan yang telah mengakibatkan kesalahan itu, mengalami kerugian atau kerosakan kepada harta, memerintahkan orang yang disabitkan sedemikian untuk membayar kepada orang yang satu lagi itu kos dan perbelanjaan yang dilakukan atau pampasan bagi kerugian atau kerosakan kepada harta dan apa-apa kos lain, dalam amaun yang mahkamah fikirkan patut.