Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah atau mana-mana Timbalan Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai awam, mana-mana Jabatan Kerajaan, mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana perbadanan yang kepadanya Ketua Pengarah telah mewakilkan kuasa itu secara bertulis, boleh, dengan keizinan bertulis
Pendakwa
Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan oleh
Menteri sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu, suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan cara dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan-kesalahan itu.