Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

47. Kuasa bagi menuntut kos dan perbelanjaan

(1)

Jika sesuatu segmen atau unsur alam sekeliling dicemari oleh seseorang bersalahan dengan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Ketua Pengarah boleh mengambil apa-apa tindakan yang perlu bagi menghapus, menyurai, membinasa atau mengurangkan pencemaran itu dan boleh menuntut daripada orang itu segala kos dan perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya.

(2)

Sesuatu perakuan daripada Ketua Pengarah menyatakan bahawa—

(a)

dia berpendapat bahawa orang yang dinamakan dalam perakuan itu adalah bertanggungjawab atau pencemaran itu adalah menjadi keterangan prima facie bagi maksud apa-apa pembicaraan di bawah seksyen ini;

(b)

jumlah wang yang dilakukan bagi menjalankan segala atau mana-mana daripada kerja yang diperlukan di bawah subseksyen (1) adalah menjadi bukti muktamad mengenai jumlah wang yang kena dibayar dan tidak boleh tertakluk pada apa-apa rayuan atau ulang kaji dalam mana-mana mahkamah.

76

Undang-Undang Malaysia

(3)

Semua dan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh orang itu hendaklah menjadi suatu pertanggungan yang pertama ke atas apa-apa harta atau kepentingan yang dipegang oleh orang itu.

(4)

Bagi maksud seksyen 27 dan 29, jika perlepasan atau pertumpahan minyak, campuran mengandungi minyak atau buangan-buangan adalah dari—

(a)

mana-mana kapal atau dua kapal atau lebih, maka pemunya kapal itu adalah bertanggungan atau pemunya-pemunya semua kapal yang berkenaan itu adalah bertanggungan bersesama dan masing-masing;

(b)

apa-apa perkakas yang digunakan bagi memindahkan minyak, campuran mengandungi minyak atau buangan ke mana-mana kapal daripada sesuatu tempat di darat, maka orang yang menjaga perkakas itu dan majikan orang itu adalah bertanggungan bersesama dan masing-masing;

(c)

sesuatu tempat di darat, maka penduduknya adalah bertanggungan.

Report