Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

40. Keterangan

(1)

Kandungan sesuatu suratan yang disedia, dikeluar atau disampaikan di bawah, menurut, atau bagi maksud-maksud Akta ini hendaklah dianggap sebagai betul sehingga dibuktikan sebaliknya dan pengemukaan apa-apa buku yang berupa sebagai menunjukkan lesen-lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah menjadi bukti prima facie mengenai pengeluaran, tidak adanya pengeluaran atau tarikh tamatnya tempoh lesen-lesen itu.

(2)

Walau apa pun undang-undang lain yang berlawanan, dalam sesuatu pembicaraan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya sesuatu perakuan bagi maksud menentukan penduduk mana-mana premis atau mana-mana premis ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pemungut Hasil Tanah* adalah menjadi keterangan mengenai apa-apa nyataan yang dinyatakan di dalamnya melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

(3)

Jika dalam sesuatu pembicaraan atas kesalahan-kesalahan terhadap Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya adalah perlu dibuktikan bahawa seseorang adalah dilesen atau tidak dilesen pada sesuatu tarikh tertentu atau selama sesuatu tempoh tertentu atau bahawa sesuatu lesen adalah tertakluk pada sesuatu syarat, had atau sekatan yang ditentukan atau bahawa sesuatu lesen telah digantung dalam masa sesuatu tempoh tertentu, maka suatu perakuan bertulis yang berupa sebagai ditandatangani oleh Ketua

Pengarah menyatakan bahawa orang itu adalah dilesen atau tidak dilesen pada tarikh itu atau menyatakan sesuatu syarat, had atau sekatan yang kepadanya sesuatu lesen yang dikeluarkan kepada orang

*Dalam hal Malaysia Barat, ia hendaklah ditafsirkan sebagai Pentadbir Tanah Daerah. Lihat Akta A587.

Kualiti Alam Sekeliling 67

itu adalah tertakluk atau selama atau dalam masa tempoh itu atau bahawa lesen orang itu telah digantung dalam masa tempoh itu adalah menjadi keterangan prima facie mengenai nyataan yang dinyatakan di dalamnya dan Ketua Pengarah tidak boleh diperiksa balas mengenai kandungan perakuan itu melainkan jika suatu notis telah disampaikan kepadanya sepuluh hari terlebih dahulu menyatakan cadangan hendak berbuat demikian itu dan selanjutnya menyatakan butir-butir yang dicadang hendak dicabar itu.

Report