Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
48A. Section 48A
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis dengan sempurna olehnya boleh memasuki dan memeriksa mana-mana kenderaan yang sedang digunakan dan bagi maksud itu boleh menghendaki mana-mana kenderaan diberhentikan, dan boleh menahan mana-mana kenderaan selama masa yang diperlukan bagi pemeriksaan itu, dan boleh menghendaki pemandu kenderaan itu memandu kenderaan itu ke suatu tempat lain bagi maksud pemeriksaan itu dan boleh menjalankan, atas perbelanjaan pemunya, semua ujian dan pemeriksaan yang difikirkannya patut atau perlu bagi memuaskan hatinya bahawa peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dipatuhi berkenaan dengan kenderaan itu:
Dengan syarat bahawa tiada suatu kenderaan pun boleh ditahan di bawah seksyen ini selama lebih daripada empat puluh lapan jam atau suatu tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah dalam mana-mana hal tertentu.
Jika, dalam pemeriksaan itu, kelihatan kepada Ketua Pengarah atau pegawai itu bahawa, disebabkan oleh apa-apa kecacatan di dalamnya, kenderaan itu adalah atau mungkin akan melanggar Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia boleh melarang penggunaan kenderaan itu:
78
Undang-Undang Malaysia
Dengan syarat bahawa jika pada pendapat Ketua Pengarah atau pegawai itu kecacatan itu boleh diperbaiki dalam tempoh yang tidak melebihi sepuluh hari, larangan itu tidak boleh berkuat kuasa sebelum habis tempoh itu.
Jika, di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah atau pegawai itu melarang penggunaan sesuatu kenderaan, dia hendaklah dengan serta-merta memberikan notis larangan itu secara bertulis kepada pemunya berdaftar kenderaan itu atau orang yang bertanggungjawab atas kenderaan itu.
Dalam hal larangan yang disebabkan oleh kecacatan yang dinyatakan dalam proviso kepada subseksyen (2), notis yang diberikan di bawah subseksyen (3) hendaklah menyatakan tempoh masa kecacatan itu boleh pada pendapat pegawai itu diperbaiki dan boleh menghendaki pemunya berdaftar kenderaan itu atau orang yang bertanggungjawab atas kenderaan itu mengemukakan kenderaan itu untuk diperiksa oleh pegawai itu pada masa dan di tempat yang sesuai sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
Sesuatu perintah larangan yang dibuat di bawah subseksyen (2)
yang telah berkuat kuasa boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis dengan sempurna oleh Ketua Pengarah jika dia berpuas hati bahawa kenderaan itu layak digunakan.
Jika Ketua Pengarah atau seseorang pegawai menarik balik atau membatalkan sesuatu larangan dia hendaklah memberikan notis mengenai penarikan balik atau pembatalan itu kepada pemunya berdaftar kenderaan itu.
Ketua Pengarah atau pengawai itu boleh melalui notis secara bertulis menghendaki pemunya berdaftar kenderaan itu mengemukakan apa-apa dokumen berhubungan dengan kenderaan itu untuk diperiksa olehnya, pada masa dan di tempat yang sesuai sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika mana-mana orang tidak mematuhi seksyen ini, atau menggunakan atau membenarkan digunakan sesuatu kenderaan pada bila-bila masa suatu perintah larangan di bawah subseksyen (2) sedang
Kualiti Alam Sekeliling 79
berkuat kuasa berhubungan dengan kenderaan itu, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
48AA.
Akses kepada data berkomputer
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah hendaklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.
48AB.
Anggapan
Jika apa-apa bahan yang disyaki sebagai buangan terjadual dan bahan itu terkandung dalam beberapa bekas, adalah mencukupi untuk menganalisis sampel bahan itu bagi amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan jika analisis itu membuktikan bahawa kesemua sampel itu daripada sifat dan perihalan yang sama, adalah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa kandungan semua bekas itu adalah daripada sifat dan perihalan yang sama sebagaimana sampel itu dianalisis.
Bahan yang dirujuk dalam subseksyen (1) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai buangan terjadual dan hendaklah dilupuskan mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
80
Undang-Undang Malaysia
Tatacara mengambil dan berurusan dengan sampel hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.
48AC.
Kuasa tambahan
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
untuk menghendaki pengemukaan apa-apa buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disimpan oleh mana-mana orang dan untuk meneliti, memeriksa, memuat turun, membuat salinan atau mengambil cabutan daripadanya;
untuk menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan apa-apa perbuatan atau kesalahan di bawah Akta ini;
untuk membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
48AD.
Menghalang penggeledahan
Mana-mana orang yang—
enggan memberikan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pengarah akses kepada mana-mana kenderaan, kapal, kapal terbang atau premis yang Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pengarah berhak untuk mempunyai di bawah Akta ini atau dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
Kualiti Alam Sekeliling 81
mengamang, menghalang, menyekat atau mengganggu
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah dalam pelaksanaan kuasanya di bawah Akta ini; atau
enggan memberikan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pengarah apa-apa maklumat yang berhubung dengan kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh semunasabahnya dikehendaki olehnya dan yang ada dalam pengetahuannya atau kuasa untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
48AE.
Pencantuman kesalahan
Walau apa pun seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang dituduh melakukan lebih daripada satu kesalahan di bawah
Akta ini, orang itu boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan atas apa-apa bilangan kesalahan itu yang dilakukan dalam apa-apa tempoh masa.